Wednesday, 15 April 2015

Pemandangan atas


"Bird eye view"

Samsung GT-N7100           1/394s
Focal length : 3.7mm        f/2.6
                                               ISO: 80

Bird eye view adalah teknik pengambilan gambar dari atas objek. Teknik ini menghasilkan kesan objek kecil

.

Figura dan Alam Semulajadi


"Silhouette"

Nikon D3200                        1/4000s
Focal Length : 55.0 mm     f/22.0
( 35mm equivalent : 82mm )    ISO 3200

Teknik silhouette adalah teknik dimana subjek yang gelap tanpa perincian berlatarkan cahaya terang atau latar belakang yang terang. teknik ini selalunya diambil ssewaktu matahari terbit atau terbenam.

Pergerakan Air Terjun


"Freezing"

Panasonic DMC F2             1/200s
Focal length: 74mm                  f /3.1 mm
( 35mm equivalent: 83mm)     ISO : 80

Teknik freeze adalah teknik memotret pada sebuah objek yang sedang bergerak dengan seolah-olah hasil gambar foto boleh menghentikan objek yang bergerak. Teknik ini menggunakan kecepatan/ speed lensa yang tinggi sehingga objek seolah-olah membeku.




Tuesday, 14 April 2015

Keseimbangan



"Simetri"

Samsung GT-N7100 1/762s
Focal length: 3.7mm f/2.6
ISO : 80

Teknik simetri adalah keseimbangan objek yang terdapat pada kedua-dua belah ruang. Teknik simetri ini dipanggil imbangan simetri dimana kedua-dua objek seimbang.

Jalinan daun


"Close up"
Samsung GT-N7100       1/64s
Focal length : 3.7mm     f/2.6
                                            ISO: 80
Dalam pengambilan gambar close up, kesemua bahagian bentuk objek akan jelas kelihatan, teknik pengambilan gambar ini juga baik digunakan untuk memperlihatkan detail-detail seperti jalinan urat-urat daun pada objek yang diambil.


Monday, 13 April 2015

Jalinan dan Garisan Sarang burung


"Frog's eye view"

Samsung ES10 /VLUU    1/15s
   ES10                             f/2.8
Focal length : 6.3mm             ISO : 320
(35mm equivalent: 38mm) 

Teknik frog's eye view ini diambil berdasarkan bahagian bawah objek seperti penglihatan katak yang memandang keatas. Teknik ini diambil untuk melihat keunikkan sesuatu objek dari bahagian bawahnya.




                       

Landskap


" Extra long shoot "

NIKON D5000              1/9 s
Focal length 55.0 mm       f /5.6
(35mm equivalent : 82mm)    ISO: 400

 Extra long shoot diambil apabila dimana objek mahupun ambience disekitarnya dilihat secara keseluruhan. Pada pengambilan gambar seperti ini hal-hal yang ingin ditonjolkan selain objek utama adalah situasi dan keadaan sekitar. Di dalam gambar ini fokus objek adalah pokok yang berdekatan dengan air tersebut.

Warna Bunga


" Fokus jarak sederhana "

Samsung GT-N7100     1/265s
Focal length : 3.7mm   f/2.6
                                           ISO : 80
Teknik fokus jarak sederhana ini diambil, dimana ruang pengambilannya sedikit lebih sempit dibandingkan teknik pengambilan long shoot.


Teknik perspektif




"Perspektif"

Samsung GT-N7100 1/50s
Focal Length 3.7mm  f/2.6
ISO : 80

Teknik Perspektif 1 titik lenyap merupakan gambar perspektif yang terjadi semasa sebuah objek dilihat dengan garis pusat pandangan tegak lurus terhadap salah satu permukaannya. Sistem perespektif ini digunakan untuk menggambar objek (benda) yang terletak relatif dekat dengan mata. Kerana letak objek yang cukup dekat, akibatnya mata memiliki sudut pandang yang sempit, sehingga garis-garis batas benda akan menuju satu titik lenyap saja.

Jalinan Bunga


( Medium long shoot )
Eastman kodak             1/635s
Company kodak         f/2.7
Easyshare C613 Zoom     ISO: 80
Digital camera                  
Focal Length :              6.0mm

Pengambilan gambar teknik dimana ruang pengambilannya sedikit lebih sempit dibandingkan teknik pengambilan long shoot. Gambar foto yang difokuskan ialah bunga.